Photobucket

Maklumat Terkini

Sejarah Jeli

 
       Jeli merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripadaKota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Kelantan terletak di utara Semenanjung Malaysia dan disempadani oleh Thailand di Utara, Terengganu di Selatan, Perak di Barat dan Laut China Selatan di Timur. Jeli pula terletak di bahagian Barat Negeri Kelantan. Pada bahagian Timurnya ialah kasawan Parlimen Kuala Krai, di Selatannya PArlimen Gua Musang dan di Utaranya bersempadanann dengan Tanah Merah dan Thailand. Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

           Jeli yang terletak di laluan Jalanraya Timur Barat, mempunyai keluasan 1,636.21 km persegi dan merupakan kawasan parlimen yang ke-3 paling luas di Kelantan. Selepas persempadanan semula pada Pilihanraya 2004, 3 DUN dalam Parlimen Jeli ialah Bukit Bunga (N.36), Ayer Lanas (N.37) dan Kuala Balah (N.38). Setiap Dewan Undangan Negeri mempunyai Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) dan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) bagi setiap mukim (Daerah Mengundi). Jajahan Jeli didiami oleh lebih 46,000 orang penduduk dimana 99.5% Melayu dan selebihnya kaum lain dan orang asli. Bandar yang terdekat ialah Tanah Merah

           80% daripada kawasan Jeli adalah hutan rimba dan berbukit bukau. Ianya terletak di kawasan yang tinggi, antara 92 meter hingga 500 meter dari aras laut. Sungai-sungai utama yang terdapat di Jeli ialah Sungai Pergau dan Sungai Golok.