Pemuliharaan Bahan
Jilidan | ||
| ||
Jilidan | ||
Aktiviti jilidan adalah proses dimana kerja-kerja memperkukuhkan bahan perpustakaan dilakukan dengan menyusun dan melekatkan dengan kuat di antara dua kulit yang rata dengan menggunakan bahan jilidan yang bersesuaian. Aktiviti jilidan ini juga merangkumi memperbaiki kulit depan naskhah, menjilid bahan, membuat folder, phamplet dan kotak. | ||
Pemuliharaan Manuskrip Melayu | ||
Teknik Pembaikan Tisu | ||
Bahagian Pemuliharaan bertindak sebagai pusat pemuliharaan manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Terdapat 2 teknik pemuliharaan manuskrip Melayu yang dijalankan; iaitu : (a) Teknik Pembaikan Tisu Pembaikan manuskrip Melayu melalui teknik ini menggunakan kertas Japanese Kozo Tisu atau Hand Made Roll Tisues. Kebanyakkan manuskrip yang dibaik pulih secara teknik ini adalah merupakan manuskrip yang berkeadaan reput dan rapuh kertasnya serta mempunyai tulisan dakwat kembang. (b) Teknik Pembaikan Leafcasting Proses pembaikan manuskrip ini ialah dengan menggunakan kertas Bodlien Hand Made yang dijadikan sebagai serat bagi tujuan untuk menutupi lubang-lubang yang rosak. Kebiasaannya manuskrip yang menggunakan teknik ini terdiri daripada manuskrip yang masih kuat ketahanan kertasnya serta dakwat tulisannya tidak mudah kembang atau luntur. | ||
Teknik Pembaikan Leafcasting | ||
Pembaikan Bahan Nadir/Bahan Bercetak/Koleksi Peribadi | ||
Aktiviti membaik pulih bahan nadir, bahan bercetak dan koleksi peribadi. Bahan-bahan bercetak adalah merupakan terbitan bahan yang berusia 50 tahun ke atas dan tidak diulang cetak. Pembaikan bahan nadir ini adalah merupakan proses membaiki dan membaik pulih bahan kepada hampir ke bentuk asalnya, tanpa merubah keseluruhan asal bahan. | ||
Mikrofilem | ||
Mikrofilem | ||
Aktiviti mikrofilem adalah merupakan proses merakam bahan perpustakaan ke dalam format filem lutsinar saiz 16mm atau 35mm bagi tujuan rujukan. Kerja pemikrofileman ini melibatkan bahan-bahan seperti berikut : (a) Suratkhabar (b) Manuskrip Melayu (c) Bahan Cetak/Nadir/Koleksi Peribadi Bahagian Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia juga memainkan peranan dalam membaik pulih filem 16mm atau 35mm dan penukaran ke format lain naskhah bahan milik Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia. | ||
Aktiviti Penyenggaraan Bahan Perpustakaan | ||
Aktiviti yang dijalankan ini adalah merupakan aktiviti in-house (dalaman) bagi tujuan memastikan suhu dan kelembapan persekitaran yang bersesuaian bagi penyimpanan koleksi perpustakaan melalui lawatan pemeriksaan berjadual. Standard suhu dan kelembapan yang digunakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia : (a) Suhu : 20°C - 23°C (b) Kelembapan : 50%RH - 60%RH |