

program ‘outreach’ kampus Astro yang pamerannya diadakan di SK Gemang pada 19 Julai 2010 ( Isnin ) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Program ini merupakan susulan selepas ia dilancarkan di negeri-negeri lain beberapa bulan lalu, dimana selepas itu program tersebut terus dilebarkan ke daerah daerah lain terutamanya kawasan terpencil luar bandar.
Program ini yang mempunyai 11 saluran didalamnya yang bukan sahaja pelajar boleh mengikuti dunia hiburan, tetapi juga lebih menfaat dari aspek pendidikan dimana setiap saluran telah diterapkan nilai nilai pendidikan yang boleh dibuat sebagai rujukan.
Warga pendidik harus memainkan peranan dalam menjayakan program ini dikesemua sekolah di daerah pedalaman, tidak kira yang ada bekalan elektrik mahu pun sekolah yang bergantung kepada tenaga ‘solar hyverd’.

Semua pelajar diberi keutamaan…dimana fasa rintis tiga sekolah sudah dilaksanakan diperingkat awal sebagai percubaan…dan kini kita lebarkan pula kepada semua sekolah.
Program komuniti Astro ini akan berterusan dari masa ke semasa, tetapi setakat ini keutamaan difokuskan dikawasan sekolah luar Bandar sebelum berpindah ke sekolah kawasan Bandar.