Maklumat Terkini

Penarafan SSQS 2011 Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia


   Adalah dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan SSQS mulai 25 Julai 2011 hingga 14 Ogos 2011 dengan menggunakan indikator SSQS.


  Sehubungan dengan itu pihak sekolah dikehendaki membuat penarafan melalui URL http://ssqs.moe.edu.my . Sebarang masalah sila hubungi PKG masing-masing.
sekian, terima kasih.

Pemansuhan PPSMI & Pelaksanaan MBMMBI

KENYATAAN AKHBAR Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

      Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
     Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
     Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

     Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016.
Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang dilampirkan.

MBMMBI

Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah

Bagi membantu para guru sertakan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk semua mata pelajaran bagi sekolah rendah. Sila download di bawah ini.Pastikan anda juga mempunyai perisian zip untuk membukanya. Anda boleh download secara percuma di internet. Contoh perisian zip adalah jzip,rar, dan juga winzip.

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

SAINS

PENDIDIKAN ISLAM

BAHASA ARAB

KEMAHIRAN HIDUP

PENDIDIKAN MUZIK

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAJIAN TEMPATAN

SIVIK DAN KENEGARAAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Mengaktifkan Lesen Antivirus Kaspersky

Untuk mengaktifkan lesen antivirus kaspersky yang baru, pihak sekolah boleh memuat turun melalui laman web Schoolnet di http://kaspersky.schoolnetwork.com.my. (hanya boleh muat turun dengan talian Schoolnet sahaja)

PEMBEKALAN TV-LCD DAN DVD FASA 1

Bahagan Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia akan membekalkan peralatan TV-LCD dan DVD ke sekolah terpilih bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pembekalan dijangka akan bermula pada 17 September 2010 hingga 27 November 2010 yang akan dibekalkan oleh Syarikat MHS Resources Sdn. Bhd.Tempoh jaminan peralatan tersebut adalah selama setahun daripada tarikh pembekalan.
Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang dibekalkan.Berikut adalah senarai peralatan yang akan dibekalkan:
  1. Satu unit TVLCD 40"/42"
  2. Satu unit DVD player
  3. Satu unit Remote Controled Rotating Outdoor TV Antenna
  4. Satu unit Antenna Booster
  5. Satu unit Rack/Stand (mobile & adjustable)
  6. Satu unit VGA Distributor
  7. Satu set RCA cable
  8. Satu set VGA cable
Pihak sekolah perlu memastikan peralatan dibekalkan mengikut kuantiti sepeti dalam senarai di atas dan dipasang serta dapat berfungsi sepenuhnya sebelum menandatangani borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pemasangan dan Pengujian (SPP). Pihak sekolah WAJIB menghantar satu salinan SAP dan SPP kepada PKG sebaik sahaja proses pemasangan dan pengujian selesai

Bengkel i-Nilam

Cara Membuat Alarm Pada Komputer Untuk Kejutkan Tidur

Siapapun pastinya menginginkan agar bangun tidur tepat pada waktunya supaya tidak terlambat untuk bersolat dan pergi kerja ataupun menghadiri kelas. Pelbagai cara dilakukan seperti ada yang mengamalkan rutin dan disiplin dengan tidur malam lebih awal agar dapat bangun tidur dengan tepat pada waktunya dan bangun dengan keadaan segar. Disini saya ingin memberi tip untuk membuat Alarm pada Komputer/Laptop untuk kejutkan tidur bagi yang payah untuk bangun tidur. Tips ini juga boleh diubah suai untuk membuat peringatan dan sebagainya.

Buka Aplikasi windows Scheduled Tasks melalui Start Menu.

» Klik Start Menu -> Programs -> Accessories -> System Tools -> Scheduled Tasks.

Setelah Paparan "Scheduled Tasks" dibuka, lalu klik kanan mouse pada area kosong di bawah "Add Scheduled Task" item. Sebuah popup-menu akan muncul, dan pilih [New] lalu klik [Scheduled Task]. Sebuah task baru muncul dan berikan nama. contoh: beri nama "Alarm".

Klik untuk besarkan Gambar


Klik untuk besarkan Gambar

Selesai memberi nama task baru, klik kanan mouse pada task "Alarm", maka popup-menu akan muncul dan pilih [Properties]. Paparan "Alarm" ditampilkan dan disini kita perlu melalukan pengaturan seperti berikut:

- Pada tab "Task", Klik [Browse] dan cari file-file berformat audio yang sesuai dijadikan sebagai Bunyi Alarm. Format audio dari file yang dipilih sebaiknya berformat wav,mp3 atau mid. Pilih file audio yang berbunyi keras ataupun tidak sedap didengar. Sebagai contoh dengan memilih file audio dengan alamat "D:\My Music\Lagu Techno\Audio Style.mp3".

Klik untuk besarkan Gambar

Setelah itu tick (tanda)pada 2 item pilihan iaitu:
[√] Run only if logged on
[√] Enabled (scheduled task runs at specified time

Dan Klik [Apply]

- Setelah itu, pada tab "Schedule" -> klik dan setkan jam berapa anda ingin dibangunkan.

Klik untuk besarkan Gambar


Contohnya:

Scheduled Task: Daily
Start Time: 6:00
Scheduled Task Daily: Every 1 day(s)

Klik [Apply] dan selesai.

Program ini akan beroperasi apabila tiba jam 06:00 AM.

- Pada tab "Settings" -> klik dan kosongkan semua tanda ataupun pastikan tiada apa-apa tanda, kecuali pada "Wake the computer to run this task." (biarkan ditanda bagi tujuan jika komputer berada dalam posisi Standby) dan Klik OK.

Sekarang task "Alarm" sudah beroperasi, Pastikan sound speaker pada Komputer anda di setkan dengan volume yang tinggi.

Selamat Mencuba..

Membuat Folder Tersembunyi

Hari nie saya nak ajar buat folder tersembunyi kepada anda Folder tersembunyi ni berguna juga kepada anda untuk sembunyikan fail-fail penting.

Langkah pertama :

Klik Kanan » Select ‘New’ » Folder
Langkah Kedua :

Sekarang “Rename” Kan Folder Tersebut

Tekan “ALT”, jangan lepaskan kemudian tekan 0160 pada Num Lock Keyboard anda.
Pastikan folder anda seperti gambarajah dibawah


Langkah Ketiga :

Klik Kanan pada folder, pilih properties.
Anda akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah


Klik pada Customize » Change Icon

Pilih Icon tersembunyi seperti gambarajah diatas.
Klik Ok, Kemudian Apply..


Sekarang anda telah berjaya membuat satu folder tersembunyi, untuk kepastian klik pada kawasan folder tadi. Anda akan dapat lihat kotak biru kecil seperti dalam gambar diatas. Selamat mencuba

Membuat Aplikasi Supaya Tidak Berfungsi

Bagaimana kalau kita ingin supaya sebuah aplikasi yang ada di komputer tidak dapat dijalankan?, contohnya supaya orang lain, kawan atau sesiapa saja tidak dapat menjalankan aplikasi tersebut.

Ada sebuah software yang boleh menjawab persoalan ini, Applocker dari Smart-x.com. Pengguna boleh memilih apa saja aplikasi yang akan kita blok dan mana saja yang boleh dijalankan.


Untuk mendapatkan Aplikasi tersebut sila Muaturun dari websitenya Smart-x.com atau klik Butang Muaturun dibawah untuk mendapatkan File dalam bentuk .zip.


Nama File : AppLockerV1102.zip
Size : 996.86 KB


Cara menggunakannya:

Setelah aplikasi tersebut dipasang, jalankan program Applocker,
Tandakan pada kotak jenis aplikasi yang hendak dikunci dari aktif, kemudian klik Save dan Close.



Cuba anda jalankan aplikasi yang ditanda tadi dan akan ada peringatan seperti ini :



Untuk aplikasi yang tidak terdaftar pada list, kita boleh memasukkannya secara manual.
Klik pada Configure , pada kolom Caption masukkan nama aplikasi yang dipilih dan pada ruangan Executable File Name isi dengan nama file berformat .exe seperti contoh dibawah --> Klik Add--> Klik OK.



Untuk mengaktifkan kembali aplikasi yang dikunci itu tadi ialah dengan hanya hilangkan tanda pada kotak (uncheck) jenis aplikasi yang dipilih.

Download Video dari Youtube Tanpa Menggunakan Aplikasi Tambahan


Banyaksekali software dan cara untuk download video dari Youtube, Salah satunya melalui website http://www.keepvid.com/. Bagi saya, mudah menggunakan Real Player Versi 11 kerana Real Player menyediakan Aplikasi Untuk Muat Turun flash player, lagu, merakam dan lain-lain lagi. Disini saya ingin berkongsi Tips bagaimana caranya untuk download video dari youtube tanpa menggunakan software tambahan, iaitu hanya menggunakan browser yang ada.

Tips ini sangat berguna buat anda semua. Caranya iaitu copy script dibawah ini kemudian paste-kan di address bar browser anda yang sedang buffering atau sedang membuka/menjalankan video youtube.


javascript:if(document.location.href.match(/http:\/\/[a-zA-Z\.]*youtube\.com\/watch/)){document.location.href='http://www.youtube.com/get_video?fmt='+(isHDAvailable?'22':'18')+'&video_id='+swfArgs['video_id']+'&t='+swfArgs['t']}


Setelah script di-paste di address bar, klik Go atau tekan Enter, kemudian akan muncul dialog seperti di bawah ini, Klik Save, pilih lokasi File untuk disimpan, namakan File dan klik OK untuk memulakan download.

File yang disimpan berformat MP4, jadi untuk memainkannya mestilah menggunakan MP4 Player, atau bolegh juga menggunakan Quicktime player.

Cara Melajukan Capaian Internet Anda


1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No…Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Kenapa Komputer Anda Lambat.?


Komputer slowww?? tentu segala sesuatunya membuat kita tension. Terutama semasa kita ingin membuat kerja-kerja yang urgent. Apa yang menjadi penyebab komputer kita lambat ? apakah masalahnya yang sering menjadi penyebabnya adalah diri kita sendiri yang lupa tidak membersihkan file-file sampah yang sudah tidak terpakai, baik yang berupa temporary file maupun yang ada di Recycle Bin. Namun jika kita sudah melakukan pembersihan tetapi komputer kita masih lambat bagaimana? Mungkin ada penyebab lain yang menjadi penyebabnya ?

1. Terlalu banyak aplikasi yang terinstall. Jika ingin install software sebaiknya yang penting dan diperlukan saja, jangan terlalu banyak menginstall software yang tidak digunakan. Hal ini secara otomatik akan mengambil resource/space komputersehingga pada akhirnya akan mengganggu kerja komputer itu sendiri. Jika sudah terlanjur terinstall, Anda dapat menghapusnya dengan cara meng-un-install aplikasi tersebut dari komputer

2. Banyak file sampah. Ini mungkin yang sering dilupakan, banyak orang yang tidak mengetahui file-file sampah yang seharusnya dibuang, diantara file-file sampah adalah :

* File pada Recycle Bin, ketika kita menghapus file yang tidak digunakan, maka akan secara otomatik akan tersimpan di Recycle Bin (sebenarnya belum terhapus) dan masih mengambil space harddisk. Pastikan Anda memilih file-file yang memang sudah tidak digunakan lagi, karena jika kita mengosongkan file pada Recycle bin maka akan terhapus secara permanent tetapi ada software tertentu yang boleh digunakan untuk recover semula fail tersebut

* File Cookies dan File History, file ini akan selalu muncul ketika sedang melakukan browsing internet. Anda boleh menghapus file ini dalam Internet Option pada masing-masing browser

* Ada beberapa aplikasi yang secara otomatik menyimpan file backup seperti file backup (*.bak), temporary (*.tmp), dll. Jadi ketika kita menyimpan sebuah file, maka file lama akan tetap ada dengan format yang berbeza iaitu file *.bak atau file *.tmp. Bersihkan file-file ganda yang tidak digunakan, bisa juga menggunakan software Disk Cleanup

- Dicadangkan menggunakan software CC Cleaner

3. Di Start Up banyak aplikasi yang berjalan. Beberapa software ketika pertama kali di-install menyediakan pilihan diataranya icon ditambahkan pada Desktop, Taskbar, dan Quick Launch. Memang secara spontan akan memudahkan kita menjalankan program tersebut kerana tinggal mengklik icon-nya saja, namun sebenarnya menjadi beban komputer karena harus menyediakan memory tersendiri.

Hal ini akan memperlambatkan kerja komputer. Aturlah beberapa aplikasi yang memang diperlukan dengan cara mengatur konfigurasi. Klik Start- Run, ketikkan “msconfig”, nonaktifkan aplikasi yang tidak diperlukan pada tab Startup

4. Tidak membuat rutin Scandisk dan Defrag. Komputer yang sering digunakan juga perlu penyegaran, salah satunya adalah melakukan scandisk dan defragmentag secara rutin minima satu bulan sekali. Hal ini merupakan benda mudah namun sering dilupakan banyak orang

5. ‘Perfomance option’ yang tidak tepat. Bagi pengguna Windows, sebaiknya melihat hal ini agar perfomance kerja komputer lebih cepat. Windows XP menyediakan dua pilihan yaitu “Adjust for best appereance” dan “Adjust for best performance”

Jika memilih Adjust for best appereance maka akan lebih mengutamakan penampilan sehingga prestasi komputer akan memerlukan memory yang lebih, hal ini berpengaruh pada perfomance komputer. Adjust for best performance maka akan lebih mengutamakan perfomance komputer dibandingkan penampilan sehingga penampilan Windows akan nampak seperti biasa tanpa efek bayangan ataupun bersinar

6. Kesalahan Shutdown. Komputer yang sangat lambat bekerja membuat kita tension dibuatnya, makin hari makin lambat saja. Terkadang komputer ‘hang’ secara mendadak ketika sedang asyik bekerja. Secara emosinya, biasanya kita langsung menggunakan jurus jari sakti dengan menekan tombol power atau tombol reset.

Hal ini kononnya kerana kita tidak boleh mematikan komputer melalui proses Shutdown karena semua tombol keyboard dan mouse tidak berfungsi.

Apabila Anda sering melakukan hal ini, lama-lama bisa mengakibatkan sistem operasi tidak berjalan secara normal, dan terjadi bad sector pada harddisk, seram kan? Hal ini akan memperparah keadaan karena file-file sistem yang ada pada bad sector tidak dapat terbaca, sehingga komputer sering mengalami hang.

Kenapa komputer hang?

Banyak puncanya seperti perkara-perkara yang disebut di atas;

1. Hardware conflict – mungkin tidak diinstall dengan baik

2. RAM

3. BIOS – pergi ke web pembuat BIOS komputer dan update

4. Hardisk – jarang membuat degrag. Jangan lupa membuat disk clean up sebaiknya sebulan sekali

5. Fatal OE exception – VGA card yang tidak support

6. Virus – kadang-kadang virus yang membuat komputer kita hang. Oleh itu gunakan anti virus yang dan sentiasa update selalu dengan real time protection

7. Printer. Kadang-kadang semasa kita mau print file yang besar, sering membuat pc kita hang. Hal ini disebabkan kerana setiap kita hendak print, dokumen PC mengirimkan file tersebut ke memori yang ada di printer. Printer tuh cuma punya memori yang kecil. Kalau hal ini terjadi cabut dahulu kabel printer yang menyambungkan ke pc, kemudian offkan printer dan tekan butang reset pada printer.

8. Software. Masalah yang sering membuatkan komputer hang. Sebelum install sesuatu software check dulu apakah dia support dengan sistem operasi pc kita

9. Terlalu panas. Sering terjadi hardware tidak bekerja karena terlalu panas, tambahkan kipas lebih banyak lagi atau untuk laptop pasang cool keypad atau swith off dahulu PC mu dan minum kopi dulu (hi..hi..hi..)

10. Power Supply. Supply elektrik yang kurang juga dapat membuat PC jadi kurang berfungsi dengan baik. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik dari PC itu sendiri

LAWATAN KPP



LAWATAN KPP KE PKG JELI
10 FEBRUARI 2010

UJIAN PERMATApintar UKM2

Tempat  : Makmal SK Jeli (1)
Tarikh    : 28 Julai 2010


BENGKEL SSQS DAN MESYUARAT GPB KALI-2

27 Julai 2010
8.30 pg - 4.30 ptg









GPB tekun mendengar penerangan








Antara GPB yang hadir
Tn Hj. Yuseri dijemput untuk menerangkan cara-cara pengisian instrumen SSQS

LAN ( SK JELI (2) )

SK JELI ( 2 )
02 FEBRUARI 2010 / 03 FEBRUARI 2010 / 
14 FEBRUARI 2010

Membuat rangkaian ke bilik GPK Hem & GPK KO
Ujian wayar








Rangkaian tempat Kerani





TAKLIMAT NILAM DI SK JELI (1)

Taklimat Nilam
Tempat        : Dewan SK Jeli (1)
Tarikh    : 05 April 2010