Photobucket

Maklumat Terkini

Visi, Misi, Objektif, fungsi

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah

MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumberpengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-gurubdalam teknologi maklumat.
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan  bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
1
menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2
menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3
memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4
membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5
memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan
dari semasa ke semasa.
6

memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

FUNGSI PKG


UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA
  1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
  2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
  3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
  4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
  5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
  6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
  7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
  8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.
UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT
  1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
  2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .
  3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
  4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
  5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
  6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
  7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
  1. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
  2. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
  3. Menyelaras penggunaan premis dan kemuda
  4. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat.
  5. han PKG.
  6. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.